Ramadhan semakin hampir. Dah ready ke belum ni? Apa kata sambut ramadhan dengan shawl terbaru dari Kak Zura. InsyaAllah dengan rekaan yang mesra ibadah maka Ramadhan lebih bermakna.
Alahai comelnya dia. Si kecil kesayangan kita mesti suka kalau dapat instant shawl ni. Takde susah-susah si comel nak kena pin apa semua. Kan sangat membantu! Selain dari itu dapat galakkan dia bertudung. Kena ajar dan didik dari kecil.
Apa sebenarnya motivasi Kak Zura untuk terus dengan jenama Al Khaulah Hijab ni? Kenapa dan mengapa? Nak tahu jawapannya? :)
Perkara paling penting sebagai seorang ibu tentunya adalah kebahagiaan anak tersayang. Bayangkan betapa gembiranya si anak apabila dapat mengenakan shawl sepadan sedondon dengan ibunya sendiri. Memang mereka akan gembira!
Jadi dari semangat itulah Kak Zura menghasilkan koleksi Maryam ni yang mempunyai corak-corak pilihan yang sedondon combo untuk ibu dan anak. Dah tengok ke belum? :)
Al Khaulah Hijab menampilkan satu lagi rekaan ringkas shawl yang elegan dari Puan Zura Hassan. Pastinya ia akan membuatkan anda kelihatan lebih anggun disamping memastikan anda terus selesa memakainya.
Dengan menitikberatkan kualiti demi kepuasan anda, Puan Zura Hassan telah memilih kain yang premium sesuai dengan standard citarasa tinggi anda.
Memperkenalkan koleksi terbaru Al Khaulah Hijab yang tentunya eksklusif untuk anda. Pastinya anda sukakan shawl chiffon yang berat tetapi sangat selesa dan tidak panas. Koleksi kali ini menggunakan fabrik berkualiti tinggi Korean Chiffon yang sememangnya digemari oleh ramai wanita kerana ianya lembut, sejuk dan selesa.
Ramai orang menghadapi masalah untuk memadankan warna tudung dan memilih yang sesuai mengikut warna kulit sendiri. Kadangkala warna kegemaran kita tak sesuai sebagai warna tudung. Kak Zura kongsikan beberapa tips untuk anda pilih dan sesuaikan dengan lebih mudah.
Lepas ni akan nampak lebih bergaya hanya dengan pemilihan warna tudung yang sesuai. Semoga bermanfaat!
Kak Zura tau, kadang-kadang kita susah nak jaga tudung. Atau ada perkara yang kita lakukan tapi tak tahu kesan kepada tudung kesayangan. Memang sakit hati kadang-kadang bila kita dah beli dan sayang sangat.. Kemudian tudung rosak!